Friday, April 2, 2010

SIAPAKAH KITA? DARI MANA DAN AKAN KE MANA? DAN APAKAH ROH DAN KALBU?

Sabda Rasulullah s.a.w
Ertinya:
"sesungguhnya dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging bila ia baik maka baik keseluruhan anggota tubuhnya dan bila ia jahat nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.Ketahuilah!! iaitulah Kalbu(hati)."

dari hadis diatas dapatlah kita faham bahawa perbicaraan kemuncak asal usul manusia adalah hati (kalbu). Hati dalam diri manusia laksana pemerintah yang sangat ditaati oleh rakyat. Manakala anggota lahir: kaki, tangan, mulut, mata, telinga, faraj, perut zakar dan sebagainya laksana rakyat yang patuh pada perintah raja. Bila memerintah untuk menampar,maka menamparlah ia, bila ia memerintah kaki supaya menendang maka menendanglah ia.

Hati dipanggil "hakikat Keakuan". Aku itulah hakikat insan kerana sebenarnya kata ganti nama bagi ROh atau kalbu. Apabila ia bercerai dengan tubuh kasar nescaya tubuh itu akan mereput umpama tunggul kayu. Dialah yang akan menerima hukuman pada hari pembalasan samada baik atau buruk di akirat. Dialah yang memerintah negara-negara besar di dunia, Dialah yang menundukkan benda-benda jamadat,nabatat,hayawanat taat dibawah pemerintahannya, dialah punca hikmat dijadikan alam ini kerana kalau tidak kerananya tidak adalah syurga dan neraka.

Dia datang dari alam ghaib( alam al -Amar) oleh itu ia akan kembali ke alam ghaib. Ia wujud sebelum alam kasar atau alam syahadah(kenyataan) ini wujud. Ia ditumpangkan sementara ke alam dunia ini tempat sementara ini kerana tujuannya utk menerima ujian. Ia datang dari alam kejadian Tuhan yg aneh (ruhaniah) yg tidak boleh memerima binasa danFana selama-lamanya.
dialah yang menanggung rasa bahagia dan celaka di akhirat kelak.Dia telah mengenali tuhannya dia alam aruah dialah yang mengetahui hakikat segalanya ilmunya.Dia yang sudah Hidup, melihat, mendengar, bercakap seterusnya bersifat debgan sifat-sifat ma'ani sebelum ia bercantum dengan tubuh badan kasar. Dialah yang digelarkan fitrah Allah( fitrah Allah ialah tabiat semulajadi penerimaan agama dan Makrifah pada Allah ) yang sudah mengenali agamaNya dgn takpayah belajar atau mentelaah kitab di alam aruah yakni dia sudah mengenali segala-galanya sebelum ia dihantar atau dicantumkan dengan alam kasar( syahadah) ini, malah dia mengakui dan menyaksi di alam aruah bahawa Tuhan yang esa ialah Allah sebagaimana diceritakan dalam firmannya:

ertinya:
" tidakkah Aku ini Tuhan kamu? mereka menjawab bahkan"

Dia juga dijdikan sebab diutusnya rasul-rasul ke alam dunia ini utk mengawasi dan mengingati kembali mengenai perkara-perkara agama yang sudah manusia mengenali di zaman aruah dulu mudah-mudahan supaya manusia tidak mengotori fitrahnya malah hendak sentiasa bersih dari awal hingga akhir.

Firman Allah:
ertinya;
"Dialah fitrah yang Allah jadikan sesuai pada manusia,tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah, itulah agama Allah yang betul".

adapun orang-orang yang tidak menerima dan mempercayai agama Allah yang telah disampaikan oleh rasul-rasul didunia ini maka itu tandanya mereka sudah mengotori fitra bersih dan sudah terpesong dari kebersihannya. Dengan ini mereka digelarkan "kufur" di sisi Allah dan kekah dal neraka.

Dialah juga tidak dijadikan atau dihantar kealam sahadah ini melainkan dgn ada hikmat ubudiyyah iaitu beribadat dan berbakti kepada Allah. Firman Allah:
ertinya;
"Tidakkah Aku Jadikan Jin dan manusia melainkan Supaya beribadat KepadaKu"

Dari huraian-huraian tersebut dapatlah kita mengerti;
Siapakah kita?
Dari mana kita datang?
Di mana kita sekarang?
Dan akan kemanakah kita?

Bersambung...............................

MUKADDIMAH

Bismillahirahmanirahim..........

Dengan namaMu, segala pujian ku hadap padaMU, puji mana yg tidak dapat KU hinggakan dengan pengucapan lidahku, keluhan jiwaku, sarung tarik nafas ku.

Selawat dan salam ku ucap kepada RasulMu nur segala cahaya Nur, ain Kecintaan Mu dan Keluarga serta sahabat-sahabat Mu. bintang Penyebar agamaku.....

Allah telah berfirman dalam Al-Quran:
ertinya;
"Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami"

Sabda Nabi dalam Bukari dan Muslim berbunyi:
ertinya;
"telah bertanya Jibril Kepada Nabi, Khabar olehmu kepadaku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah Seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatNya maka ia(Allah) melihat engkau"

Kenyataan dari Al-Quran dan Hadis diatas maka tiada siapa boleh membohongi tasauf kerana tasauf tidak akan wujud di dunia jika kalimah "al- ihsan dan Mujahadah" tidak terjelas dalam kamus pebendaharaan islam tetapi persoalannya bagaimanakah engkau dapat menguasai erti ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benar kedalam kalbu ( hati) engkau kalau engkau tidak pernah mengalami tasauf. Hanya org sufi,wali nabi dan rasul-rasul sahajayang menguasai ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya. Selain mereka barang kali hanya berbual kosong sahaja.Oleh itu, Saya namakan Blog ini dengan " MENGENAL DIRI DAN RAHSIA DISEBALIKNYA ".